PROFIL SEKOLAH
NAMA SEKOLAH:
SEKOLAH
DALAM HOSPITAL,
HOSPITAL
SULTAN HAJI AHMAD SHAH
TEMERLOH
ALAMAT SEKOLAH:
SEKOLAH
DALAM HOSPITAL,
HOSPITAL
SULTAN HAJI AHMAD SHAH
28000
TEMERLOH
No
Tel : 09-2955333 (Ext 2157)
Email
: sdhhoshas@gmail.com
TARIKH
DIBUKA:
02
JANUARI 2013
TENAGA
KERJA:
9
ORANG GURU DAN
2
ORANG PEMBANTU PENGURUSAN MURID
LATAR BELAKANG SEKOLAH DALAM HOSPITAL:
Penubuhan
Sekolah dalam Hospital (SDH) adalah satu inisiatif bersama Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM), kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) dan Yayasan
Nurul Yaqeen (YNY) terhadap keperluan meneruskan pendidikan kepada murid yang
berada di wad hospital tetapi mempunyai kesediaan untuk belajar.
Pembelajaran
di SDH berorientasikan didik hibur dan fleksible dalam persekitaran kondusif.
Pendekatan ini secara tidak langsng merupakan salah satu terapi yang apat
membantu proses penyembuhan terhadap masalah kesihatan yang ditanggung oleh
murid berkenaan. Oleh itu, kelangsungan pembangunan modal insan dapat
diteruskan di luar amalan persekolahan yang konvensional.
YNY adalah satu pertubuhan bukan
kerajaan yang diasaskan pada 12 Mac 1991 dan dipengerusikan oleh YAB Tan Sri
Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Mohd Yassin. Salah satu
tujuan penubuhan YNY adalah untuk membantu meningkatkan taraf pencapaian dalam
pendidikan dan keilmuan di Malaysia.
Bagi merealisasikan projek SDH di
negara ini, Jawatankuasa Projek Hati Nurani telah dibentuk di bawah YNY. YBhg.
Puan Sri Noorainee Binti Abd. Rahman, isteri YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin
Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
adalah penaung projek ini. Jawatankuasa Projek Hati Nurani telah mengadakan
satu lawatan kerja ke Sydney, Australia pada 21-26 Mac 2011 bertujuan untuk
mengumpul maklumat amalan pendidikan dalam hospital di sana.
Laporan daripada lawatan kerja dan
kertas cadangan penubuhan SDH telah dibentang dan diterima dalam Mesyuarat
Projek Khas Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital pada 15 April 2011 yang
dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pelajaran Malaysia dan
Kementerian Kesihatan Malaysia. Penubuhan SDH telah diumumkan oleh YAB Menteri
Pelajaran Malaysia dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut.
Penggunaan nama “Sekolah
Dalam Hospital” telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk SDH KPM
Bil. 4/2011 bertarikh 19 Mei 2011 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia. Mesyuarat juga memutuskan Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas)
adalah pentadbir dan pengurus SDH.
Model SDH Malaysia
berpandukan Model Hospital School di Australia (The Children’s Hospital at Westmead, Royal North Shore Hospital dan
Sydney Children’s Hospital, Randwick) yang disesuaikan mengikut konteks
Malaysia.
::VISI::
Memastikan
pendidikan dapat diakses oleh semua murid tanpa batasan dan keadaan
::MISI::
Menyediakan pendidikan berterusan secara formal dan
berstruktur dalam persekitaran yang kondusif bagi
murid bermasalah kesihatan.
::OBJEKTIF::
·
Memastikan pendidikan
dapat diakses oleh semua kanak-kanak tanpa batasan dan keadaan.
·
Menyediakan
pendidikan berterusan secara formal dan berstruktur dalam persekitaran yang
kondusif bagi murid yang sedang dirawat di wad hospital.
·
Mewujudkan
kerjasamapintar antara Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan
Malaysia Dan Yayasan Nurul Yaqeen dalam bidang pendidikan.
::LOKASI SEKOLAH::
TINGKAT 8 ,
HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH TEMERLOH PAHANG