Monday, 10 February 2014

Untuk makluman semua, pengajaran di hospital ni lebih fleksibel... malah mungkin lebih seronok. So, murid-murid memang teruja bila tahu dapat masuk kelas. Cikgu pun seronok sama.. Tercapai la kan objektif fun learning tu..


Sakit-sakit pun boleh belajar..


Cikgu dan murid di wad




Murid dan guru di kelas menengah



Bilik guru kami yang sentiasa kemas.. cheewah!!


Kelas Rendah


Kelas Menengah


Sunday, 9 February 2014

PROFIL SEKOLAH


NAMA SEKOLAH:
SEKOLAH DALAM HOSPITAL,
HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH
TEMERLOH

ALAMAT SEKOLAH:
SEKOLAH DALAM HOSPITAL,
HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH
28000 TEMERLOH
No Tel : 09-2955333 (Ext 2157)
Email : sdhhoshas@gmail.com

TARIKH DIBUKA:
02 JANUARI 2013

TENAGA KERJA:
9 ORANG GURU DAN
2 ORANG PEMBANTU PENGURUSAN MURID






LATAR BELAKANG SEKOLAH DALAM HOSPITAL:
Penubuhan Sekolah dalam Hospital (SDH) adalah satu inisiatif bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) dan Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) terhadap keperluan meneruskan pendidikan kepada murid yang berada di wad hospital tetapi mempunyai kesediaan untuk belajar. 

Pembelajaran di SDH berorientasikan didik hibur dan fleksible dalam persekitaran kondusif. Pendekatan ini secara tidak langsng merupakan salah satu terapi yang apat membantu proses penyembuhan terhadap masalah kesihatan yang ditanggung oleh murid berkenaan. Oleh itu, kelangsungan pembangunan modal insan dapat diteruskan di luar amalan persekolahan yang konvensional.

          YNY adalah satu pertubuhan bukan kerajaan yang diasaskan pada 12 Mac 1991 dan dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Mohd Yassin. Salah satu tujuan penubuhan YNY adalah untuk membantu meningkatkan taraf pencapaian dalam pendidikan dan keilmuan di Malaysia. 

          Bagi merealisasikan projek SDH di negara ini, Jawatankuasa Projek Hati Nurani telah dibentuk di bawah YNY. YBhg. Puan Sri Noorainee Binti Abd. Rahman, isteri YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia adalah penaung projek ini. Jawatankuasa Projek Hati Nurani telah mengadakan satu lawatan kerja ke Sydney, Australia pada 21-26 Mac 2011 bertujuan untuk mengumpul maklumat amalan pendidikan dalam hospital di sana.

          Laporan daripada lawatan kerja dan kertas cadangan penubuhan SDH telah dibentang dan diterima dalam Mesyuarat Projek Khas Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital pada 15 April 2011 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Penubuhan SDH telah diumumkan oleh YAB Menteri Pelajaran Malaysia dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut.

                        Penggunaan nama “Sekolah Dalam Hospital” telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk SDH KPM Bil. 4/2011 bertarikh 19 Mei 2011 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Mesyuarat juga memutuskan Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) adalah pentadbir dan pengurus SDH. 

                        Model SDH Malaysia berpandukan Model Hospital School di Australia (The Children’s Hospital at Westmead, Royal North Shore Hospital dan Sydney Children’s Hospital, Randwick) yang disesuaikan mengikut konteks Malaysia.

::VISI::
Memastikan pendidikan dapat diakses oleh semua murid tanpa batasan dan keadaan
::MISI::

Menyediakan pendidikan berterusan secara formal dan
berstruktur dalam persekitaran yang kondusif bagi murid bermasalah kesihatan.


::OBJEKTIF::

·         Memastikan pendidikan dapat diakses oleh semua kanak-kanak tanpa batasan dan keadaan.

·         Menyediakan pendidikan berterusan secara formal dan berstruktur dalam persekitaran yang kondusif bagi murid yang sedang dirawat di wad hospital.

·         Mewujudkan kerjasamapintar antara Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia Dan Yayasan Nurul Yaqeen dalam bidang pendidikan.


::LOKASI SEKOLAH::
TINGKAT 8 , HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH TEMERLOH PAHANG



 

Friday, 7 February 2014

                                            Selamat Datang 2014!  Salam 1435 H...

              Tahun yang diharapkan memberi seribu harapan dan kegembiraan kepada semua. Semoga tahun baru ini juga memantapkan lagi semua usaha dan kerja kita demi mendidik anak bangsa tidak kira di mana dan dalam apa jua situasi..

                 Jom promote SDH pada semua.. Buka mata, buka minda, lapangkan jiwa... 




                                                   WARGA KERJA SDH HOSHAS

Tanggal 7 Febuari 2014, berjaya juga kami warga SDH HoSHAS membuka blog rasmi bagi Sekolah Dalam Hospital yang mewakili Negeri Pantai Timur Malaysia!

This is Darul Makmur !!